JOM TEROKAI QIRAAT SURAH AN-NAS

Jom Terokai Qiraat Surah an-Nas

Jom Terokai Qiraat Surah an-Nas

Memahami Kepelbagaian Bacaan al-Quran

📖 Pengenalan Ringkas Qiraat

Ilmu Qiraat adalah salah satu bahagian daripada ‘Ulum al-Quran atau ilmu-ilmu tentang al-Quran yang membahaskan dari segi kaedah-kaedah membaca al-Quran. Ilmu ini dinisbahkan kepada imam masing-masing dan para perawinya yang bersambung sanadnya hingga Rasulullah ﷺ.

Cara pengambilan Ilmu Qiraat adalah melalui Talaqqi dan Musyafahah iaitu berhadapan secara langsung dengan guru serta memerhatikan pergerakan mulut, lidah dan bibir guru semasa melafazkan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, Khalifah ‘Uthman رضي الله عنه ketika mengirimkan mushaf ke daerah-daerah, beliau turut mengutuskan bersamanya seorang qari yang qiraatnya bersesuaian dengan mushaf yang dikirimkan itu.

Popup Nota Ilmu Qiraat Popup Ayat Kunci Ilmu Qiraat

Menurut tokoh ulama Qiraat yang berautoriti, Imam Ibn al-Jazari, Ilmu Qiraat ditakrifkan seperti berikut:

عِلْمُ القِرَاءَاتِ هُوَ عِلْمٌ بِكَيْفِيَّةِ أَدَاءِ كَلِمَاتِ القُرْآنِ وَاخْتِلَافِهَا مَعَ عَزْوِ كُلِّ وَجْهٍ لِنَاقِلِهِ
Maksudnya:
Ilmu Qiraat ialah suatu ilmu yang membincangkan cara-cara melafazkan kalimah-kalimah al-Quran serta perbezaan bacaan tersebut dengan menyandarkan setiap bentuk bacaan kepada perawi yang meriwayatkannya.
Kelebihan Ilmu Qiraat

Kelebihan Ilmu Qiraat

تَحْفَظُ مِنْ كُلِّ خَطَإٍ فِي نُطْقِ الْكَلِمَاتِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ

Ilmu qiraat memelihara bacaan al-Quran daripada sebarang kesalahan sebutan kalimah.

Dengan mempelajari qiraat, bacaan al-Quran dapat dilakukan secara tepat sebagaimana yang diajarkan oleh para imam qiraat.

تَحْفَظُ كَلِمَاتِ الْقُرْآنِ مِنَ التَّحْرِيفِ وَالتَّغْيِيرِ

Ilmu qiraat menjaga kalimah al-Quran daripada sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.

Sanad bacaan yang sahih memastikan al-Quran kekal asli dan terpelihara daripada perubahan.

مَعْرِفَةُ قِرَاءَاتِ أَئِمَّةِ الْقِرَاءَاتِ الْمُتَوَاتِرَةِ

Ilmu qiraat membantu mengetahui bacaan para imam qiraat yang mutawatir.

Ini membolehkan pelajar membezakan bacaan yang bersumberkan sanad sahih daripada bacaan yang tidak diterima.

التَّفْرِيقُ بَيْنَ الْقِرَاءَةِ الْمَقْبُولَةِ وَالْقِرَاءَةِ الشَّاذَّةِ

Ilmu qiraat membezakan antara bacaan yang dibenarkan dan bacaan yang syaz.

Ini penting agar bacaan al-Quran sentiasa berada dalam lingkungan yang sah dan diterima oleh ulama.

تَنْوِيعُ وُجُوهِ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ

Ilmu qiraat mempelbagaikan wajah bacaan al-Quran.

Kepelbagaian ini menzahirkan keindahan dan keluasan mukjizat al-Quran tanpa percanggahan makna.

📘 Pengenalan Surah an-Nas

Surah an-Nas merupakan surah ke-114 dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini mengandungi doa perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَٰهِ النَّاسِ ﴿٣﴾ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ﴿٥﴾ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦﴾

🖼️ Gambar Surah an-Nas

Surah an-Nas

📊 Senarai Imam Qiraat Tujuh

Imam Qiraat Perawi Catatan Bacaan
Nafi‘ Qalun:

Warsy:

قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq (Bunyi hamzah jelas)​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun

قُلَ عُوذُ: Bacaan Naqal (Memindahkan baris hamzah ke sukun sebelumnya)
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun

Ibn Kathir Al-Bazzi & Qunbul: قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.
Abu ‘Amru Ad-Duri:

As-Susi:

قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq
ٱلنَّاسِ: Bacaan Imālah (Bunyi condong antara fathah dan kasrah)

قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.

Imam Ibn ‘Āmir Hisyam & Ibnu Zakwan: قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.
Imam 'Asim Syu'bah & Hafs: قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.
Imam Hamzah Khalaf wajah 1:
wajah 2:

Khalad:

قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.

قُلْ ۜ أَعُوذُ: Bacaan saktah
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.

قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.

Imam al-Kisa'i Abu al-harith & Ad-Duri: قُلْ أَعُوذُ: Bacaan Tahqīq​
ٱلنَّاسِ: Bacaan Fathah pada huruf Nun.

Khilaf Bacaan Surah an-Nas

Jom Terokai Qiraat Khilaf Bacaan Surah an-Nas
Jom Terokai Qiraat

📖 Khilaf Bacaan Surah an-Nas Mengikut Imam

🎧 Bacaan Surah an-Nas Riwayat Qalun, Ibn Kathir, Susi Abu 'Amru, Ibn 'Amir, 'Asim, Khalad, Al-Kisa'i

Surah An-Nas Qiraat

MARI DENGAR AUDIO BACAAN

Surah An-Nas Ayat

🎧 Bacaan Surah an-Nas Riwayat Warsy

Surah An-Nas Warsy

MARI DENGAR AUDIO BACAAN

Klik pada ayat atau gunakan butang untuk mendengar bacaan

🎧 Bacaan Surah an-Nas Riwayat Duri Abu 'Amru

Surah An-Nas Warsy

MARI DENGAR AUDIO BACAAN

🎧 Bacaan Surah an-Nas Riwayat Khalaf

Surah An-Nas Khalaf

MARI DENGAR AUDIO BACAAN (WAJAH 1)


MARI DENGAR AUDIO BACAAN (WAJAH 2)


📺 Video Bacaan Qiraat

💡 Tips Belajar Qiraat

  • Dengar bacaan imam qiraat secara berulang
  • Fokus satu imam dahulu
  • Gunakan rakaman audio perlahan
  • Belajar bersama guru atau rakan
  • Amalkan bacaan dalam solat

📝 Kesimpulan

Kepelbagaian qiraat dalam Surah an-Nas membuktikan keindahan dan ketelitian pemeliharaan al-Quran.

ڤمهمن قراءات اكن منمبهكن کچينتاءن کيتا ترهادڤ القرآن.

© 2026 | Jom Terokai Qiraat al-Quran



Comments

Popular posts from this blog

Jom Terokai Qiraat Surah an-Nas

BIDANG TILAWAH